Permohonan Pendaftaran Keahlian Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor


PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA SELANGOR
PPM-021-10-29052013

TUJUAN/MATLAMAT

(1) Menyediakan satu platform rasmi serta prasarana informasi berkaitan kegiatan dan hal ehwal ahli-ahli untuk menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan Sekolah

(2) Menjalinkan kerjasama dengan sektor awam dan pihak industri yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan kemajuan ahli-ahli

(3) Bekerjasama dengan pihak Sekolah dalam meningkatkan taraf pendidikan dan latihan yang berkaitan dengan kepentingan ahli-ahli 

(4) Menjaga kebajikan am ahli-ahli 

(5) Memupuk dan mengeratkan hubungan sesama ahli-ahli Persatuan dan Sekolah

(6) Menjalankan aktiviti yang berfaedah untuk ahli-ahli Persatuan, Sekolah dan masyarakat umum ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang seimbang

(7) Menggabungkan ahli-ahli supaya saling bekerjasama menjalankan aktiviti sosial, akademik dan ekonomi yang mengorak langkah ke arah kemajuan Persatuan

(8) Memupuk perpaduan, intergrasi dan hubungan antara ahli-ahli Persatuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab

(9) Membantu dan memberi sokongan terhadap segala usaha yang dapat meningkatkan lagi imej, visi dan misi Sekolah

(10) Membantu ahli-ahli Persatuan dalam pembangunan profesionalisme, intelektual, kerohanian dan sosio-ekonomi


KEAHLIAN

(1) Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada bekas pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Kuala Selangor (SMKAKS) iaitu terdiri daripada kategori-kategori berikut

 (a) Ahli Biasa Terbuka kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan pengesahan sama ada Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau yang pernah mendaftarkan diri sebagai pelajar dengan pengesahan Sijil Berhenti Sekolah

(b) Ahli Bersekutu Keahlian terbuka kepada pasangan atau keluarga Ahli Biasa, atau kakitangan sekolah, atau bekas kakitangan sekolah yang mempunyai hak yang sama kecuali hak untuk mengundi dan memegang jawatan di dalam Persatuan

(c) Ahli Kehormat Dilantik oleh Jawatankuasa di kalangan individu yang telah memberi sumbangan atau idea dalam perkembangan dan pembangunan Sekolah

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Persatuan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa memberikan alasannya

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli

PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan sekurang-kurangnya sebulan secara bertulis terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala tunggakan hutangnya

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantunggannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

(3) Mana-mana ahli yang telah berhenti menjadi ahli atau dipecat oleh Persatuan, tidak berhak menuntut sebarang bayaran yang telah dijelaskannya kepada Persatuan.

(4) Ahli-ahli yang telah dipecat atau dilucutkan keahliannya boleh memohon semula untuk menjadi ahli Persatuan berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan.

SUMBER KEWANGAN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut ;

Bayaran Masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja). Yuran Tahunan RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh sahaja).

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari pada tahun semasa berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun

(3) Ahli yang membiarkan tunggakan yuran tahunannya sebanyak lebih daripada satu tahun tanpa sebab munasabah yang diperakukan oleh Persatuan, akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutang yurannya dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan tunggakan yuran tahunannya sebanyak lebih dari tiga tahun tanpa sebab munasabah yang diperakukan oleh Persatuan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan, dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat Persatuan berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan tunggakan yurannya terlebih dahulu

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk tujuan-tujuan tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli


Setiap bayaran , sumbangan dan perbelanjaan akan direkod dan diaudit menerusi laporan kewangan tahunan dan akan dibentangkan dalam setiap mesyuarat agung. Laporan kewangan juga akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan untuk semakan.Ahli boleh merujuk kedudukan kewangan Alumni dari masa ke semasa dengan berhubung dengan Bendahari atau Ahli Jawatankuasa.

Selepas Permohonan Keahlian ini diproses, ahli akan menerima pengesahan keahlian.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor 2019


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Yuran Pendaftaran Keahlian Bersama Yuran Tahunan 2019
743
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau
Tahun anda mengambil SPM.
Boleh tick lebih dari satu sekiranya anda bekerja dan juga ada juga perniagaan sendiri juga.

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel alumnismkaks@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPersatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
No. Akaun8603516991
Buka CIMB Clicks